• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Abaikan Wan Azizah – Terus Bersengkongkol Dengan Tun M

oleh Ahmad Albab
11/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mempedulikan bantahan penyokong Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya beliau tidak lagi bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Malah, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dalam akaun Facebooknya mengumumkan satu lagi perhimpunan anjuran PKR melibatkan Mahathir untuk memburuk-burukkan kerajaan akan diadakan di Stadium Tertutup Malawati di Shah Alam pada 14 Mei ini.

“Himpunan selamatkan Malaysia peringkat Selangor disertai Mahathir, Mat Sabu, Datuk Iskandar Samad, Datuk. S. Ambiga, Hishamuddin Rais dan Syed Sadiq. Semua dijemput hadir,” katanya.

Otai Reformis, perkumpulan individu yang terlibat menggerakkan reformasi pada tahun 1998 sebelum ini mendesak Wan Azizah selaku Presiden PKR mengambil tindakan ke atas Mohamed Azmin demi menjaga maruah bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia ekoran Mohamed Azmin dilihat sedang bersekutu dengan Mahathir yang bertanggungjawab memecat, menjatuhkan dan memenjarakan Anwar yang juga suami Wan Azizah sewaktu krisis politik pada tahun 1998.

“Kita lihat kepimpinan PKR ini sudah bersekongkol dengan Mahathir dan konco-konconya, maka, ia merupakan satu bentuk pengkhianatan dan mensabotaj Presiden PKR,” kata Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail pada April lalu.

Wan Azizah walaupun enggan mengulas isu itu secara terbuka tetapi kelihatan senada dengan Otai Reformis apabila menyelar Mahathir kerana didakwa terus meluahkan dendam dan racun ke atas Anwar walaupun menjalin kerjasama dengan beberapa pemimpin PKR.

“Beliau memilih untuk mengulangi serangan keji kepada Anwar menggunakan institusi sama yang dipilihnya untuk menyerang,” katanya Wan Azizah dalam nada kesal baru-baru ini.

Mahathir dalam kenyataannya kepada media luar negara sebelum ini mengulangi penegasan beliau bahawa tindakannya ‘membuang’ Anwar daripada kerajaan adalah betul kerana sikap tidak bermoral Timbalannya itu pada tahun 1998 lalu iaitu meliwat seorang lelaki lain.

Beliau berkata demikian walaupun beliau sedang bersengkongkol dengan Mohamed Azmin dan beberapa pemimpin PKR lain demi mencapai cita-citanya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan tunduk kepada permintaannya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd