• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesetiaan Dan Pengorbanan Faktor Kekuatan UMNO Selama 70 Tahun

oleh Ahmad Albab
11/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said percaya kesetiaan dan pengorbanan anggota merupakan faktor kekuatan UMNO untuk kekal menjadi parti terkuat di negara ini.

Beliau berkata selain kebijaksanaan kepimpinan tertinggi dalam menerajui parti, kesetiaan anggota menjadi kayu pengukur kepada kehebatan UMNO yang telah menjangkau usia 70 tahun hari ini.

“Namun saya sedikit terkilan apabila ada dalam kalangan pemimpin, ahli dan penyokong UMNO cuba untuk meruntuhkan kekuatan yang telah dibina.

“Mereka tidak hanya melontarkan kritikan di media sebaliknya turut membuat gerakan untuk menurunkan kepimpinan yang ada pada hari ini sehingga sanggup bersama dengan pembangkang bagi memenuhi kepentingan peribadi,” katanya dalam kenyataan hari ini bersempena ulang tahun ke-70 UMNO.

Justeru, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mahu semua pihak memahami bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi adalah demi kelangsungan dan melancarkan gerak kerja yang telah direncanakan oleh parti bagi memenuhi agenda membela rakyat.

Walaupun jasa kepimpinan terdahulu tidak pernah dilupakan, namun Azalina percaya adalah penting untuk memberikan ruang kepada kepimpinan hari ini menerajui UMNO dengan acuan tersendiri.

Sehubungan itu beliau meminta semua peringkat kepimpinan UMNO memainkan peranan masing-masing terutamanya dalam menangani fitnah di media sosial.

“Setelah pelbagai tomahan yang dilontarkan kepada UMNO terutama Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun semuanya mampu ditangani dengan baik.

“Sebagai pemimpin dan ahli parti kita harus meyakinkan rakyat bahawa UMNO adalah pilihan terbaik serta relevan bagi generasi hari ini dan akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azalina OthmanUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd