• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarjan Polis Hina Pengundi Sarawak Pakai Cawat Undi BN

oleh
10/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang anggota polis yang dikesan memuat naik kenyataan menghina rakyat Sarawak susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu akhirnya tampil meminta maaf.

Ironinya, pemohonan maaf yang dimuat naik pada Isnin sekadar ditujukan kepada pengguna Facebook tempatan meskipun kenyataan berbaur penghinaan tersebut telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Sarawak.

Pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Khamis Khasdan, yang dipercayai seorang anggota polis berpangkat Sarjan pada Ahad menyifatkan orang Sarawak belum mampu lagi menilai dengan betul ketika PRN ke-11 minggu lalu.

khamis kashdan 1

Dia secara terbuka mendakwa kerana penduduk Sarawak masih mundur dari segi aspek pembangunan dan konon memakai cawat sehingga tersalah mengundi, menyebabkan BN berjaya meraih kemenangan besar dalam sejarah.

Kenyataan itu mencetuskan gelombang kemarahan yang besar sehingga status itu mendapat perkongsian luar biasa banyaknya, disertai dengan pelbagai komen balas malah sampai kepada pengetahuan kepimpinan tertinggi polis.

Bagaimanapun, maklumat yang berlegar menerusi aplikasi WhatsApp menyatakan bahawa pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil satu prosiding tatatertib terhadap anggota yang berasal dari Johor itu.

khamis kashdan

Menurut sumber dalaman, tindakan disiplin diambil setelah dia dikenakan hukuman tatatertib oleh majikannya, atas kesalahan yang agak besar – mencetuskan keretakan dalam hubungan kaum dan antara negeri di negara ini.

Difahamkan, pemilik akaun tersebut telah dikenakan tindakan turun pangkat tetapi berita berkenaan yang menjadi rujukan banyak pihak sebenarnya belum lagi dapat dipastikan status kesahihannya sehingga kini.

Jika benar tohmahan itu, mungkin dia wajar dipindah ke Sarawak melihat sendiri suasana bumi kenyalang dan bukan mengeluarkan kenyataan bodoh hanya kerana marah pembangkang kalah teruk pada PRN. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Tak Perlu Takutkan Pengundi Bukan Muslim, MCA Bersama BN Johor – Wee Ka Siong

DAP Tak Perlu Takutkan Pengundi Bukan Muslim, MCA Bersama BN Johor – Wee Ka Siong

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong meminta DAP tidak memainkan propaganda serta menakut-nakutkan pengundi bukan Islam...

BN Tidak Pernah Bentuk Kerajaan Perpaduan Di Johor – “Insya-Allah, Rakyat Johor Pilih BN”

BN Tidak Pernah Bentuk Kerajaan Perpaduan Di Johor – “Insya-Allah, Rakyat Johor Pilih BN”

23/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Exco Kerajaan Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh menegaskan Barisan Nasional (BN) Johor bukan sebuah kerajaan yang mengkhianati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd