• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Penagih Dadah Ditahan, 3 Laras Pump Gun Dirampas

oleh Ahmad Albab
10/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis menahan seorang penagih dadah dan merampas tiga ‘pump gun’ dalam serbuan Ops Tapis/Ops Cantas Khas di sebuah rumah di Felda Lui Timur, Sungai Lui, Bandar Seri Jempol dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mood Noor berkata dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol itu polis turut merampas dadah dan pelbagai jenis peluru.

“Dalam serbuan itu, suspek berusia 31 tahun ditahan di luar rumahnya…hasil serbuan polis merampas 22 butir peluru pelbagai jenis, tiga laras ‘pump gun’, dua paket heroin seberat 12.5 gram, satu paket syabu seberat 0.8 gram dan satu paket tiub syabu.

“‘Pump gun’ yang dirampas itu dijumpai di dalam satu guni yang terletak di atas lantai berdekatan dengan suspek di bahagian beranda rumah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Noorzainy berkata hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati suspek positif dadah jenis opiat dan suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau bersabit dadah dan satu kes di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api.

Katanya suspek direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960. – BERNAMA

Tags: polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd