• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Warden Asrama Berkopiah Pijak Pelajar

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN video yang memaparkan seorang lelaki berkopiah memijak seorang remaja kini tersebar di laman sosial.

Video yang dimuat naik di Facebook Malaysian Crime Watch atau MyWatch itu, sekaligus mengejutkan netizen.

Menerusi visual, pelaku yang merupakan guru warden di sebuah sekolah asrama vokasional di Selangor dilihat memijak seorang remaja lelaki yang dipercayai pelajar tingkatan empat kerana ditangkap hendak menghisap rokok di tangga.

Tidak tahan dengan aksi melampau warden terbabit, beberapa pelajar yang menyaksikan kejadian terus meluru dan cuba menenangkan lelaki berkenaan sehingga meminda dia mengucap dan beristighfar.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa belum sempat menyalakan rokoknya.

“MyWatch menyokong tindakan tatatertib dikenakan ke atas pelajar terbabit atas kesalahannya tetapi apa perlunya warden tersebut mengambil tindakan keterlaluan begini,” tulis pemuat naik.

Rata-rata netizen berang dan mencemuh sikap lelaki terbabit yang hanya luaran saja tampak ‘alim’ namun tidak mencerminkan keperibadian sebenar seorang Islam.

Sementara itu, dalam laporan portal berita FMT,  Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Dr. Abdul Aziz Awang Darus telah mengesahkan kejadian dan kes dilaporkan sedang disiasat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Gurupelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd