• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Cheras Bebas Tuduhan Pecah Amanah

oleh Ahmad Albab
09/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Cheras daripada pertuduhan pecah amanah berjumlah RM4,350, dua tahun lalu.

Hakim Mohd Nasir Nordin membuat keputusan itu selepas pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Ahmad Nidzam Wan Omar memberitahu pihaknya menarik balik pertuduhan terhadap Zamri Redzuan @ Ridzuan, 50.

Wan Ahmad Nidzam memaklumkan kepada mahkamah bahawa pertuduhan itu ditarik balik selepas Jabatan Peguam Negara menerima dan berpuas hati terhadap representasi yang dikemukakan Zamri melalui peguamnya, Mohd Baharuddin Ahmad Kassim awal April lalu.

Beliau memohon tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

Bagaimanapun, Mohd Baharuddin memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254(3) kanun sama dengan mengambil kira jabatan itu telah menerima representasi pihak pembelaan.

Sehubungan itu, hakim Mohd Nasir melepas dan membebaskan Zamri daripada pertuduhan tersebut dan memerintahkan wang jaminan RM8,000 dikembalikan kepada tertuduh.

Kes itu sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan selama lima hari bermula hari ini.

Zamri, sebagai Ketua UMNO Cawangan Jalan Pasar Pudu, Cheras, yang telah diamanahkan ke atas akaun cawangan itu atas kapasiti jawatannya, didakwa melakukan pecah amanah terhadap akaun tersebut dengan memasukkan cek berjumlah RM4,350 ke dalam akaunnya.

Wang itu sepatutnya dibayar kepada tukang jahit (Mun Men’s Wear) tetapi tidak dibayar.

Beliau yang juga peniaga kedai perabot didakwa melakukan kesalahan itu di daerah Cheras, di sini pada 27 Jan 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: pecah amanahUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd