• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairul Idham Raih Tempat Ke-14, Kutip 2 Mata

oleh Ahmad Albab
09/05/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penunggang Moto3 negara, Khairul Idham Pawi menamatkan aksinya di tempat ke-14 selepas mencatatkan 41 minit 44.948 saat di perlumbaan 24 pusingan Grand Prix Perancis di Litar Le Mans, pada Ahad.

Khairul Idham yang memulakan perlumbaan di petak kesembilan bermula dengan baik untuk memastikan dua mata kejohanan mampu dikutipnya.

Beliau yang turut dikenali sebagai Super KIP kini menduduki tangga kesembilan keseluruhan dengan 29 mata selepas mengharungi lima perlumbaan.

“Saya bermula dengan baik dan dapat kekal bersama kelompok pendahulu di beberapa pusingan awal. Selepas ini, saya dapati ada masalah di bahagian belakang jentera.

“Ini menyebabkan saya terpaksa bertungkus lumus mengawal motosikal, menyebabkan saya tidak mampu mengejar.

“Namun, ia cukup baik kerana masih mampu mendapatkan mata kejohanan dan saya harap dapat melakukan yang lebih baik dalam perlumbaan seterusnya di Litar Mugello, Itali,” kata pelumba Honda Team Asia itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pasukannya.

Rakan sepasukannya, Hiroki Ono dari Jepun terpaksa menghentikan aksi di pusingan ke-16 akibat kemalangan. – BERNAMA

Tags: Khairul Idham PawiMotoGP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

11/11/2023
0

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd