• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokongan Rakyat Sarawak Meningkat Kepada Kerajaan, BN – PM Najib

oleh Ahmad Albab
09/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu lepas menunjukkan sokongan rakyat Sarawak semakin meningkat pada Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pimpinan BN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Dengan mandat besar sedemikian yang diberikan, beliau berkata pegawai kerajaan, anggota perkhidmatan dan pentadbiran awam perlu sentiasa mendengar denyut nadi dan apa yang dirasai oleh rakyat.

Katanya, agenda kerajaan adalah memenuhi kehendak rakyat termasuk di Sarawak dan Sabah, yang merupakan negeri luas, walaupun ia memakan masa dan melibatkan kos tinggi.

“Kita boleh fikirkan penyelesaian seperti menyediakan setiap batang jalan memenuhi piawaian Jabatan Kerja Raya dan semua rumah panjang mesti dilindungi dengan ‘network pipeline’ dan menggunakan kreativiti atau micro hydro sistem.

“Inilah contoh-contoh yang boleh kita fikirkan. Tidak melakukan bukan satu alternatif dan tidak boleh biarkan mereka tanpa kemudahan asas. Ini adalah salah dari segi moral,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari Isnin.

BN Sarawak memenangi 72 daripada 82 kerusi dalam pilihan raya negeri ke-11 pada Sabtu.

Najib berkata komitmen kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri adalah merupakan asas kejayaan yang perlu diteruskan.

Katanya, kemenangan BN di Sarawak juga menunjukkan harapan rakyat kepada kerajaan untuk melaksanakan pembangunan, yang merupakan satu agenda terpenting perlu dilaksanakan dalam jangka masa tertentu.

Beliau berkata kerajaan sentiasa mempunyai hala tuju dan pelan pembangunan yang disusun begitu baik untuk melaksanakan pelan agar sampai ke peringkat akar umbi.

“Kerajaan mempunyai pelan dan kerajaan sedang melaksanakannya. Maka, rakyat akan lebih yakin dengan apa yang kita janji dan menepati apa yang dikotakan. Kita jangan lupa, ini adalah tanggungjawab kita,” katanya.

Sebagai contoh, Najib menjelaskan kerajaan telah melaksanakan pelbagai program yang dikehendaki oleh rakyat Sarawak dan seluruh Malaysia, seperti melaksanakan projek pembangunan Lebuhraya Pan Borneo.

“Kita masih mampu menjaga kebajikan pegawai-pegawai awam, kenaikan tahunan khas satu mata tangga gaji pada 1 Julai tetap dilaksanakan. Kita juga laksanakan tangga gaji minimum lebih tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razaksarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd