• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembunuhan Ala Mafia Di Sepang- Lelaki Dalam But Kereta BMW

oleh AK-47
09/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG — Polis menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh lima hari lalu di dalam but kereta BMW yang tenggelam di sebuah bekas lombong di Tasik Puchong, Taman Maju Jaya dekat sini hari ini.

Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai berhubung penemuan sebuah kenderaan di dalam tasik bekas lombong itu pada pukul 2.07 petang ini.

Bagaimanapun, katanya identiti mayat masih belum disahkan kerana polis belum menjumpai apa-apa dokumen pengenalan diri pada mangsa.

Kereta BMW

“Balai Bomba Cyberjaya telah dimaklumkan untuk menarik kenderaan itu dan selepas kereta itu ditarik ke darat pada 4.40 petang, pemeriksaan mendapati satu mayat di dalam but kereta BMW itu.

“Dipercayai lelaki itu dibunuh dan mayatnya kemudian dimasukkan ke dalam but kereta sebelum ditenggelamkan di tasik terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Siasatan awal mendapati kereta itu sebelum dimiliki oleh seorang lelaki lain, sebelum dijual kepada syarikat menjual kenderaan terpakai, katanya, sambil mengesahkan tiada laporan berhubung kehilangan kenderaan itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Komisoner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menyiasat berhubung penemuan mayat tersebut.– BERNAMA

Tags: bunuhJenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd