• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 100 Berikan Penghormatan Terakhir Kepada Petrovski

oleh AK-47
07/05/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA — Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil
Yaakob bersama lebih 100 orang hari ini hadir di Hospital Melaka, Bukit Palah di
sini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah mendiang Marco Stefan
Petrovski, penjaga gol muda Melaka United.

Turut hadir ibu mendiang Marie Lupang, isteri Ketua Menteri Melaka Datin
Seri Fadillah Abdullah, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United
Datuk Mohd Yusoff Mahadi, barisan exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Melaka.

Selain itu Ketua Jurulatih Melaka United Mohd Zan Mat Aris, Ketua Pasukan
Melaka United Ilija Spasojevic, Ketua Pasukan Piala Presiden Melaka United
Muhammad Afiq Azuan dan barisan pemain skuad Sang Kancil itu turut memberikan
pengormatan terakhir.

Petrovski, 18 yang tidak sedarkan diri hampir sebulan akibat dipanah petir
pada 5 April lepas selepas menjalani latihan dengan pasukannya di Krubong di
sini, meninggal dunia di Hospital Pakar Putra di sini kira-kira pukul 4 petang,
1 Mei lepas.

Mendiang mewakili pasukan remaja Sydney Olympic FC di Australia sebelum
menandatangani kontrak tiga tahun bersama Melaka United pada Januari lepas.

Mohd Yusoff ketika ditemui pemberita berkata jenazah Petrovski akan dibawa
ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Selangor pada petang ini
sebelum diterbangkan ke Sydney, Australia dijadualkan pada pukul 7 pagi esok.

“Mendiang akan disemadikan di Sydney paling lewat Khamis atau Jumaat (minggu
depan), kita telah uruskan semuanya di sana. Sememangnya amat menyedihkan buat
seluruh pasukan Melaka United kehilangan pemain muda berbakat seperti beliau,”
katanya.

Setelah selesai majlis itu, Marie sempat berbual dengan Muhammad Afiq serta
pemain-pemain muda Melaka United yang menjadi rakan karib anaknya dan sempat
menghadiahkan barangan bola sepak milik anaknya untuk kegunaan pemain-pemain
muda pasukan itu.– BERNAMA

Tags: Melaka UnitedSukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd