• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Karam: Operasi Cari Tuai Rumah Panjang Disambung

oleh Ahmad Albab
07/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAPIT – Operasi disambung awal pagi ini bagi mencari tuai rumah panjang Kupa Manggom, 43, yang masih hilang selepas bot panjang dinaikinya karam di Sungai Baleh dekat Karangan Ara di sini, semalam.

Adik mangsa, Kanchin Manggom ketika dihubungi berkata sepasukan daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Kapit telah ditugaskan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) abangnya itu.

Beliau berkata operasi itu yang bermula selepas insiden pada 2.22 petang itu, terpaksa ditangguhkan lewat petang semalam, berikutan cuaca gelap.

Kupa bersama tiga yang lain termasuk seorang wanita, dalam perjalanan pulang ke rumah panjang mereka di Nanga Stapang di Nanga Gaat, di Sungai Baleh apabila bot dinaiki mereka karam kerana ombak kuat di sungai berkenaan.

Tiga yang lain berjaya berpaut pada bot yang tenggelam itu, sebelum diselamatkan penduduk rumah panjang Karangan Ara. – BERNAMA

Tags: bot karamsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd