• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tak Mahu Makan Banyak, Takut Helikopter Tak Boleh Naik”

oleh Ahmad Albab
06/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – “Saya tak mahu makan banyak, takut helikopter tak boleh naik,” itu antara gurauan akhir Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebelum pesawat dinaiki hilang petang semalam.

Gurauannya itu dikongsikan Ketua Puteri UMNO Kuala Kangsar, Nurul Azni Bani Ami yang menyertai satu program dihadiri Wan Mohammad Khair-il selaku Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Betong, Sarawak.

“Semasa jamuan makan selepas majlis itu, beliau (Wan Mohammad Khair-il) enggan makan banyak sebab takut helikopter berat. Sehingga kini gurauan itu masih terngiang-ngiang di telinga saya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

 Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media di Kuching pagi ini mengesahkan Mohammad Khair-il adalah antara enam penumpang pesawat Eurocopter AS350 yang hilang dari radar semalam dan ditemui serpihannya pagi ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr. Sundaran Annamalai turut berada di dalam helikopter berkenaan.

Helikopter itu berlepas dari Betong, pada 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang.

Menurut Nurul Azni, Mohammad Khair-il sepatutnya menaiki helikopter yang lain, namun disebabkan juruterbang pada ketika itu tiada maka beliau telah diajak oleh Noriah untuk terbang bersamanya.

“Disebabkan beliau mengejar penerbangan ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 9 malam (Khamis), maka Mohammad Khair-il terpaksa menumpang helikopter Noriah supaya sampai cepat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching,” katanya.

Beliau berkata walaupun Perdana Menteri mengumumkan penemuan serpihan helikopter malang itu, namun seluruh keluarga UMNO Kuala Kangsar masih berdoa dan berharap wakil rakyat mereka selamat.

Sementara itu, Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Jamelah A. Bakar menyifatkan Mohammad Khair-il sebagai seorang yang sangat rajin bekerja, positif dan sentiasa berusaha memastikan rakyat memahami aspirasi kerajaan.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya adalah minggu lalu dan seperti biasa beliau seorang yang sentiasa ceria,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. – BERNAMA

Tags: nahas helikoptersarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd