• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Faisal Albar Pengerusi Baharu Proton

oleh Ahmad Albab
05/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Berhad (Proton) mengumumkan pelantikan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Datuk Sri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif baharu syarikat itu berkuat kuasa 5 Mei 2016.

Proton dalam satu kenyataan media memberitahu, pelantikan itu peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 31 Mac 2016 dan Syed Faisal Albar turut akan memegang jawatan sebagai Pengerusi Group Lotus plc.

“Syed Faisal Albar merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang korporat daripada pelbagai industri. Beliau memulakan kerjaya di PricewaterhouseCoopers dan pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dari 2003 hingga 2008.

“Antara jawatan-jawatan penting lain yang disandang beliau sebelum ini termasuk Pengarah Urusan Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Pengarah Eksekutif Konsortium Logistik Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas Malaysia Berhad,” kata kenyataan itu hari ini.

Proton berkata, pengalaman Syed Faisal Albar serta rekod prestasi yang terbukti dalam meningkatkan hasil dan keuntungan merupakan satu kelebihan untuk Proton yang kini dalam proses memulihkan perniagaannya.

Proton pada 31 Mac lalu mengumumkan peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusinya berkuat kuasa serta merta.

Menurut Proton, bekas Perdana Menteri itu turut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Group Lotus plc, sebuah anak syarikat milik penuh Proton. – Mynewshub.cc

Tags: Proton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd