• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Warisan Negara Siasat Penemuan Kapal Dagang Di Pekan

oleh Ahmad Albab
05/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN - Jabatan Warisan Negara dijangka menghantar kakitangannya melawat lokasi penemuan bangkai kapal dagang didakwa milik British yang ditemui di Sungai Pahang berhampiran Kampung Tanjung, Paloh Hinai, Pekan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata jabatan berkenaan akan melakukan siasatan berhubung penemuan bangkai kapal itu yang didakwa karam secara misteri di sungai itu lebih 100 tahun lalu.

“Kakitangan jabatan perlu menemu bual ketua kampung dan penduduk yang dikatakan menemui bangkai kapal berkenaan. Saya tidak mahu buat sebarang spekulasi dan kita meminta semua pihak turut tidak berbuat demikian,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohd Sharkar berkata beliau juga mengetahui penemuan kapal itu menerusi laporan media memandangkan tiada laporan berkaitan penemuan tersebut sebelum ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan memikirkan sesuatu yang boleh menjadikan penemuan itu sebagai satu lagi khazanah pelancongan di Pahang, jika dakwaan kapal itu milik British adalah benar.

Semalam, media melaporkan penemuan bangkai kapal berkenaan susulan paras air sungai Pahang yang menjadi semakin cetek akibat fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini. – BERNAMA

Tags: Kapal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

04/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd