• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GRO ‘K-Pop’ Jadi Buruan Warga Tempatan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Rambut ikal mayang dan tampil jelita tidak ubah seperti artis K-Pop. Itu antara tarikan beberapa pusat hiburan yang menganjurkan pertandingan ratu cantik ‘K-Pop’ membabitkan pelayan pelanggan (GRO) warga asing.

Kumpulan GRO ‘artis’ yang menawarkan khidmat seks ini didapati didandan rapi selain dihantar ke salun dan diberikan pakaian mahal oleh ‘bapa ayam’ yang melindungi mereka.

Walaupun tidak fasih berbahasa Malaysia atau Inggeris namun kebanyakan GRO diimport warga Thailand dan Vietnam ini laris dalam kalangan lelaki tempatan.

Mereka dikesan diperdagangkan untuk tujuan seks antara RM130 hingga RM220 bagi setiap sesi perkhidmatan ditawarkan.

Aktiviti tidak bermoral itu terbongkar apabila Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu enam pusat hiburan di ibu kota dan Klang, Selangor.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Senior Asisten Komisioner Khari Ahrasa berkata, dalam serbuan bermula jam 10.30 malam hingga 3 pagi semalam, polis berjaya menahan 120 wanita warga asing serta 23 penjaga premis.

“Seramai 58 wanita GRO diberkas adalah warga Thailand, Vietnam (44), Filipina (12), China (dua), Indonesia (seorang) serta tiga pondan Thailand ditahan.

“Dalam serbuan di enam premis itu, STAGG turut menahan 12 lelaki, seorang wanita tempatan, sembilan lelaki Bangladesh dan seorang lelaki warga Vietnam disyaki bekerja sebagai penjaga dan pekerja premis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Khairi berkata, mereka yang ditahan berusia 24 hingga 51 tahun dan pihaknya turut merampas wang tunai sebanyak RM5,468. – myMetro Online

Tags: Pelacurpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd