• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Pendidikan Perlis Waspada Kes Ular Di Sekolah

oleh Ahmad Albab
03/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis mengambil langkah berwaspada berikutan cuaca panas yang dilaporkan antara punca kemunculan banyak ular khususnya di kawasan sekolah sehingga mencederakan murid.

Pengarah JPN Izmi Ismail berkata walaupun tiada kes pelajar dipatuk ular dilaporkan di Perlis setakat ini, pihaknya memandang serius perkara itu dengan mengeluarkan notis peringatan segera kepada semua 104 sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri.

“Sudah tentu pihak JPN terutama sekolah berasa risau dengan situasi yang berlaku kerana melibatkan aspek keselamatan nyawa beribu pelajar, tambahan pula Perlis merupakan antara negeri yang panas dan berbahang serta banyak pokok.

“Melalui notis itu juga pelajar dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berisiko seperti semak samun termasuk kawasan yang banyak pokok rendang serta tanamam yang merimbun,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.

Beliau berkata demikian semasa mengulas berkaitan beberapa kejadian pelajar dipatuk ular seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Pelajar juga diingatkan supaya segera memberitahu guru mereka jika terlihat binatang berbisa itu selain langkah-langkah keselamatan seperti mewajibkan meletakkan belerang di kawasan berisiko seperti tandas, stor gelap dan tempat lembab, katanya.

Menurut Pengarah Operasi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) Perlis Kapten (PA) Mohd Ruhaizul Md Isa@Mansor sebanyak 338 kes tangkapan ular dilakukan sejak Januari hingga April ini di seluruh negeri.

“Setakat ini cuma ada empat kes membabitkan ular masuk di kawasan sekolah dan telah ditangkap oleh JPAM selebihnya di kawasan perumahan dan di tempat kerja dan ladang tanaman penduduk.

“Kebanyakkan ular yang ditangkap adalah dari jenis sawa, tedung dan senduk,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Mohd Firdaus Yusof memaklumkan sebanyak 26 kes melibatkan tangkapan ular telah dikendalikan bomba pada tempoh sama.

Menurut rekod kedua-dua jabatan berkenaan, tiada kes kecederaan orang awam akibat dipatuk ular dilaporkan di Perlis sehingga kini.

Mengikut rekod dimaklumkan Kementerian Kesihatan, sebanyak 730 kes mangsa dipatuk ular dengan satu kematian dilaporkan di seluruh negara dari Januari lepas sehingga April.

Jumlah tertinggi kes patukan ular direkodkan di Kedah iaitu 195 kes diikuti Perak (107 kes) dan Selangor (78 kes) manakala satu kematian berlaku di Kelantan. – BERNAMA

Tags: Sekolahular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd