• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Ditahan Dipercayai Pengikut Ajaran Sesat Di Cheras

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu sebuah premis dipercayai dijadikan lokasi penyebaran ajaran sesat dikenali Milah Abraham, di sebuah pusat perniagaan dekat Cheras, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam oleh sekumpulan 30 penguatkuasa JAWI itu, 16 individu dewasa berusia sekitar 30-an hingga 50-an ditahan, membabitkan 11 lelaki dan lima wanita.

Turut ditahan dalam serbuan itu ialah tujuh kanak-kanak dipercayai anak kepada suspek dewasa berkenaan.

Dalam pemeriksaan hampir sejam di premis dua tingkat itu, barang milik semua individu termasuk telefon bimbit, komputer serta beberapa naskhah kitab turut dirampas.

Ketika anggota penguatkuasa menyerbu premis terbabit, semua pengikut kumpulan berkenaan sedang khusyuk mendengar ceramah di dalam sebuah kelas dikendalikan oleh seorang lelaki berusia 40-an.

Kesemua mereka kini dihantar ke Ibu Pejabat JAWI bagi pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Operasi JAWI, Muhamad Rais Rashid yang ditemui selepas serbuan itu memaklumkan, individu terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 4 dan 5 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan berkaitan penyebaran ajaran yang bertentangan dengan Islam.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah pengikut kumpulan berkenaan lebih besar berbanding yang ditahan malam ini.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan, termasuk meneliti latar belakang semua individu yang ditahan sebelum proses pendakwaan. – BH Online

 

Tags: Ajaran SesatJAWI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Individu Dipenjara 12 Bulan, Johor Tegas Basmi Ajaran Sesat – Mohd Fared

Tiga Individu Dipenjara 12 Bulan, Johor Tegas Basmi Ajaran Sesat – Mohd Fared

23/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM5,000 bagi setiap kesalahan...

Senaman Yoga Gabung Unsur Keagamaan, Pemujaan Adalah Haram – JAWI

Senaman Yoga Gabung Unsur Keagamaan, Pemujaan Adalah Haram – JAWI

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Senaman Yoga yang menggabungkan amalan fizikal dengan unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd