• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: Adenan Jangka BN Menang Lebih 70 Kerusi

oleh
01/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menjangkakan Barisan Nasional (BN) mampu bangkit menawan lebih 70 kerusi daripada keseluruhan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei ini.

Jangkaan tersebut berdasarkan keyakinan beliau bahawa BN boleh menang besar memiliki jumlah kerusi itu kerana kebanyakan rakyat Sarawak sudah berasa yakin dengan pihak kerajaan negeri sedia ada untuk diteruskan.

Jika BN berjaya memenangi 70 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, ia bermakna parti pemerintah itu akan menambah 15 kerusi berbanding PRN 2011 apabila BN hanya dapat 55 daripada 71 kerusi dipertandingkan.

Manakala DAP yang cemerlang memenangi 12 kerusi daripada 71 kerusi DUN pada PRN lalu berkemungkinan akan kalah di 7 kerusi yang dipertandingkan jika jangkaan Adenan terhadap kemenangan BN sebanyak 70 kerusi.

“Saya ingat tafsirannya dalam 82 kerusi itu, kita (BN Sarawak) mungkin mampu mendapat lebih 70 kerusi. Kita berdoalah Tuhan agar memakbulkan doa kita supaya dapat kestabilan politik di negeri kita ini,” kata Adenan.

Beliau yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden Parti PBB menyatakan demikian pada Majlis Pelancaran Projek Tebingan Sematan dan Pemuliharaan Muara Sungai Sematan di Pekan Sematan di sini malam Sabtu.

Pada majlis itu, seramai 377 penduduk menerima surat hak milik tanah dan 10 kampung menerima Warta Seksyen 6 Kanun Tanah Negara dihadiri Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Adenan yang juga penyandang calon BN kerusi Tanjung Datu merangkumi Lundu dan Sematan turut memohon maaf kerana jarang melawat kawasan itu kerana sibuk menjelajah ke seluruh negeri sejak menjadi ketua menteri.

“Maklumlah saya ketua menteri, terpaksa pergi ke seluruh negeri kerana saya bukan sahaja ketua menteri untuk Lundu tetapi untuk seluruh negeri, malah melawat dari pangkal hingga ke hujung bumi Sarawak ini,” kata beliau.

PRN kali ini menyaksikan 82 kerusi DUN, tambahan 11 kerusi baharu selepas proses persempadanan semula. BN telah memenangi dua kerusi tanpa bertanding bagi kawasan Bukit Sari dan Bukit Kota pada hari penamaan calon.

Pasukan Adenan terdiri daripada 40 calon PBB iaitu parti tunjang komponen BN Sarawak manakala SUPP mendapat 13 calon, PRS (11), SPDP (5) dan buat julung kalinya 13 calon langsung BN. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd