• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

120 GRO Ditahan Dalam Op Noda Di KL

oleh Ahmad Albab
01/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 120 wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan dalam Op Noda di enam premis hiburan di sekitar ibu negara di sini, awal pagi tadi.

Dalam operasi selama enam jam bermula 10.30 malam oleh Unit Tindakan Khas Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman itu, seramai 22 lelaki dan seorang wanita dipercayai penjaga premis turut ditahan.

Ketua Penolong Pengarahnya SAC Khairi Ahrasa berkata kesemua yang ditahan itu berusia 24 hingga 51 tahun.

“Wanita warga asing yang ditahan adalah dari Vietnam, China, Thailand, Filipina dan Indonesia kerana melakukan kesalahan antaranya menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata modus operandi premis-premis hiburan itu adalah menawarkan perkhidmatan GRO dan mereka boleh dibawa keluar untuk melakukan hubungan seks atas permintaan pelanggan.

“Pelanggan dikenakan bayaran antara RM130 hingga RM220 untuk menggunakan khidmat mereka,” katanya.

Khairi berkata polis turut merampas wang tunai berjumlah RM5,468 dan pelbagai peralatan hiburan dalam operasi itu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39(B) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B Akta Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963. – BERNAMA

Tags: pelacuranpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd