• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 1 Juta Penjawat Awam Masih Tidak Miliki Rumah

oleh Ahmad Albab
01/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 960,000 atau 60 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam masih tidak memiliki rumah.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata daripada jumlah itu, sebanyak 75 peratus merupakan mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah.

“Sempena Hari Pekerja pada hari ini, kami mahu kerajaan sentiasa mengambil perhatian terhadap keperluan penjawat awam iaitu memiliki kediaman sendiri selain kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengawal harga dan menambah rumah mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja Cuepacs yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini hari ini.

Sambutan Hari Pekerja Cuepacs tahun ini bertemakan ‘Pekerja Tonggak Kemakmuran Negara’ turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan kira-kira 1,000 penjawat awam daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Azih berkata ada di antara penjawat awam yang sudah bersara, masih tidak memiliki rumah dan mereka terpaksa menyewa rumah sebaik tamat perkhidmatan.

“Bayangkan ada yang sudah bersara yang sebelum ini tinggal di kuarters kerajaan tidak memiliki rumah dan ada kakitangan kerajaan terpaksa tinggal dalam satu rumah yang turut didiami oleh dua tiga keluarga yang lain.

“Tanpa campur tangan kerajaan dalam menentukan harga rumah, pejawat awam tidak akan mampu memiliki rumah,” katanya.

Sambutan itu turut menyaksikan beberapa anugerah disampaikan antaranya kategori Kesatuan Cemerlang yang dimenangi oleh Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Mara; Anugerah Majikan Prihatin Peringkat Wilayah Persekutuan dimenangi oleh Majlis Amanah Rakyat dan Anugerah Majikan Prihatin Peringkat Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dimenangi Majlis Bandaraya Shah Alam.

Selain itu, bagi Anugerah Khas CUEPACS dimenangi oleh Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Datuk Seri Zainal Rahim Seman. – BERNAMA

Tags: CuepacsPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd