• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

El Nino Tak Jejas Industri Pelancongan Kelantan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Fenomena El Nino yang melanda negara sejak Januari lalu tidak begitu memberi kesan terhadap industri pelancongan di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, Datuk Mohd Anizam Abdul Rahman berkata setakat ini, seramai 1.5 juta pelancong telah melawat negeri itu sejak Januari lepas.

“Antara tempat paling kerap dikunjungi adalah kawasan tinggi seperti Gunung Stong di Kuala Krai, dan kawasan sungai iaitu Jeram Pasu di Pasir Puteh serta Jeram Linang di Machang.

“Namun Pantai Bisikan Bayu di Pasir Puteh, Pantai Irama di Bachok dan Pantai Cahaya Bulan di Kota Baharu kurang dikunjungi kerana terkesan dengan fenomena tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kayuhan Muhibah di Tok Aman Bali di sini, hari ini.

Seramai 420 peserta yang diketuai Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Ahmad Faudzi Che Mamat menyertai kayuhan basikal sejauh 120 kilometer dari Tok Aman Bali ke Batu Buruk, Terengganu.

Mohd Anizam juga berkata pihaknya yakin mampu mencapai sasaran enam juta pelancong ke Kelantan pada tahun ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAIS Adakan Majlis Aliff Daniel Isytihar Taubat

JAIS Adakan Majlis Aliff Daniel Isytihar Taubat

05/11/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) membabitkan Aliff Daniel Adli dan dua ahli...

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

05/11/2026
0

MELAKA - Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd