• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waris Harap Jenazah Maut Di Vietnam Dibawa Balik Segera

oleh Ahmad Albab
30/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Waris kepada rakyat Malaysia yang ditemui mati di sebuah hotel di Ho Chi Minh, Vietnam, Rabu lalu berharap jenazah Mohd Azhar Abdul Wahab dapat dibawa balik ke Kulim secepat mungkin.

Mohd Noorazman, 31, adik kepada Mohd Azhar, 33, berkata dianggarkan RM40,000 diperlukan untuk proses membawa balik jenazah abangnya, dan sehingga kini mereka sekeluarga tidak dapat ke Vietnam kerana masalah kewangan.

Kementerian Luar dalam kenyataannya semalam memaklumkan, mayat Mohd Azhar ditemukan di dalam bilik hotel di Ho Chi Minh, dan polis Ho Chi Minh masih menyiasat punca kematiannya.

Beliau berkata abangnya ke Vietnam pada 15 April lalu bersama seorang rakan sekampungnya lebih dikenali sebagai Angah, dan sepatutnya pulang ke kampung mereka di Kampung Air Merah, Kulim pada 28 April lalu.

“Dia maklumkan hendak pergi ke Vietnam untuk bercuti. Bagaimanapun sehingga sekarang kami tidak dapat hubungi Angah. Mereka berdua kawan rapat sejak kecil lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Azhar merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan bekerja sebagai pembantu kedai di Kulim, juga merupakan vokalis kumpulan Svatantrata yang aktif di sekitar Kulim dan pernah membuat persembahan di beberapa buah negara seperti Singapura.

Mohd Noorazman berkata beliau sekeluarga mengetahui mengenai berita kematian abangnya yang masih bujang itu daripada polis yang datang ke rumahnya memaklumkan perkara itu pada Khamis lepas.

“Ibu saya sangat terkejut mendapat tahu berita itu. Saya juga sudah dua hari tidak dapat tidur memikirkan perkara ini. Abang seorang yang sangat rapat dengan saya serta suka melawak,” katanya.

Laporan media menyatakan mayat Mohd Azhar ditemukan dengan kesan kelar pada kepala dan bahu, serta terdapat kesan darah pada lantai hotel.

Sementara itu, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata, beliau sudah menghubungi Ketua UMNO Cawangan Air Merah bagi memaklumkan sebarang perkembangan kepadanya.

“Kedutaan Malaysia akan bantu dan anggota keluarga akan dibawa ke sana secepat mungkin. Kami juga beri sedikit sumbangan wang tunai terlebih dahulu,” katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Bernama. – BERNAMA

Tags: maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd