BERIKUTAN kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya baru-baru ini, pelakon Ayu Raudhah mengakui dia masih lagi trauma dan takut untuk pulang ke rumah.

Menurut isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) ini, kejadian malang itu bukanlah kali pertama berlaku, tetapi sudah masuk kali ketiga.
Meskipun begitu, Ayu turut meluahkan rasa syukur apabila dia dan keluarganya selamat kerana ketika kejadian, mereka tiada di rumah.
“Zaquan ada menghantar gambar keadaan rumah yang bersepah, tetapi untuk saya balik ke rumah tersebut mungkin bukan sekarang.
“Saya masih trauma dan takut untuk kembali menetap di sana. Tapi itulah, rumah itu saya beli dan tidak disewakan jadi agak ralat kalau dibiarkan begitu sahaja.
“Nantilah saya bincang dahulu dengan Zaquan sebab takut juga perkara sama berulang. Takut sebab bukan sekali, tapi tiga kali dah rumah itu dipecah masuk.
“Saya benar-benar bersyukur kami sekeluarga tiada dirumah ketika kejadian, lagi-lagi kalau Zaquan tiada, pelbagai kemungkinan boleh terjadi,” katanya kepada Projek MMO.
Dalam pada itu, pihak polis telah berjaya menahan tiga suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah pasangan terkenal itu dalam serbuan di sebuah rumah di Horizon Hills dekat Iskandar Puteri, Johor pada Khamis lalu.
BACA: Suspek Rompak Rumah Zaquan Adha, Ayu Raudhah Ditahan
Ketiga-tiga suspek merupakan warga tempatan berusia 23, 29, 27 tahun. – MYNEWSHUB.CC