KUALA LUMPUR – Isteri kepada pemain bola sepak Perak, Mohd Zaquan Adha Abd Razak yang juga pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya hari ini.
Ayu selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Prince Court di sini kira-kira jam 10.52 pagi, hari ini.
Pasangan yang berkahwin pada 2011 itu sebelum ini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 4, dan Muhammad Aisy Aryann, 3.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Zaquan menerusi akaun instagram miliknya hari ini.
“Alhamdulillah dengan izin Allah, isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.52 pagi tadi. Syukur padaMu Ya Allah,” tulisnya.
Menerusi posting yang sama, Zaquan turut memuat naik gambar anak perempuannya di Instagram. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=BL-O2Le6t5o