• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Polis Cedera Ditetak Tokan Dadah Ketika Operasi

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis cedera parah akibat ditetak pengedar atau tokan dadah ketika menjalankan operasi di sebuah rumah kosong di Kampung Tangki Air, Cheras, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata Koperal Muztaza Nizan Minhaj dan Konstabel Danny Sia Siaw Kian dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, cedera di kepala selepas diserang suspek.

Dalam kejadian 6 petang itu, pasukan polis melakukan pemeriksaan di lokasi berkenaan yang disyaki menjadi tempat kumpulan penagih dadah melepaskan gian selain dipercayai menjadi tempat pengedaran dadah, katanya dalam kenyataan kepada media.

“Polis mengarahkan dua suspek di dalam rumah berkenaan supaya keluar namun kedua-duanya secara tiba-tiba meluru keluar melalui pintu hadapan rumah itu yang berkunci dan bertindak melibaskan parang yang terkena kepala kedua-dua anggota polis itu.

“Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri ke belukar berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua anggota polis itu dibawa ke Hospital Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan.

Katanya, Sia menerima 14 jahitan akibat kecederaan itu manakala Muztaza masih dirawat di wad kecemasan hospital berkenaan. – BERNAMA

Tags: ditetakpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd