• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerja Dilakukan Sejak 2009 Membolehkan Malaysia Mendepani Kejutan Ekonomi

oleh Ahmad Albab
29/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini memberi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi “kerja dilakukan sejak 2009” yang telah membolehkan Malaysia mendepani “kejutan ekonomi yang melanda kita”.

Beliau berkata hasilnya rakyat Malaysia terus menikmati kehidupan yang aman dan boleh meneruskan “kehidupan seperti biasa sepertimana sebelum berlaku ribut ekonomi”.

Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Menerusi catatan dalam blognya, Salleh berkata pada hari ini ekonomi global membawa impak ke atas semua negara dan Malaysia tidak terkecuali dan apabila sebuah negara kian muncul sebagai negara perdagangan, lagi ia terdedah kepada ketidaktentuan pasaran global.

“Selama 220 bulan, Malaysia telah menikmati lebihan perdagangan tetapi kita masih perlu mempunyai strategi untuk memastikan kita mampu mendepani cabaran itu.

“Untuk berbuat demikian, kita perlu memperkukuhkan asas-asas ekonomi kita. Sudah berkali-kali kita melihat bahawa strategi seumpama itu akan meletakkan negara di hadapan,” katanya.

“Hasil daripada kerja yang dilakukan sejak 2009, dan diterajui Perdana Menteri, kejutan ekonomi yang melanda kita telah dapat didepani dengan baik dan kita rakyat Malaysia terus menikmati kehidupan yang aman dan meneruskan kehidupan seperti biasa sepertimana sebelum berlaku ribut ekonomi,” katanya.

Salleh berkata bahawa, tidak dapat dinafikan, negara terpaksa membuat beberapa pengubahsuaian tetapi tidak secara drastik.

“… dan di peringkat kebangsaan kita terus menyaksikan pertumbuhan KDNK dan peningkatan per kapita Pendapatan Negara Kasar. Ini sekali lagi disahkan dan diberi penarafan oleh agensi-agensi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia, hanya menamakan beberapa badan,” katanya.

Beliau berkata bagi golongan yang terjejas, kerajaan masih mampu menyediakan program bantuan yang betul seperti BR1M dan program ekonomi seperti 1AZAM walaupun berdepan kekangan ekonomi akibat penurunan harga komoditi.

“Malaysia kini antara 10 negara terbaik di dunia bagi Pembangunan Pasaran Kewangan menurut Ranking Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia 2015-2016.

“Nilai ringgit telah meningkat dan tidak terus menyusut sepertimana diramal banyak pihak. Dunia masih belum berakhir bagi kita, seperti dijangka mereka,” katanya.

Salleh berkata rakyat perlu mengambil kira perkembangan positif ekonomi dan tidak mengkritik apa sahaja yang dilakukan kerajaan.

“Pembangkang telah memaparkan gambaran tidak baik tentang negara dan tiada apa yang baik untuk dikatakan mereka tentang kerajaan.

“Tetapi tidak semua yang mereka katakan tentang negara atau kerajaan adalah betul dan semua itu hanya untuk memenuhi agenda politik mereka. Kita perlu berikan pujian sekiranya sesuatu itu patut dipuji,” katanya. – BERNAMA

Tags: EkonomiSalleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

02/07/2024
0

PUTRAJAYA: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan sebanyak 67.7 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd