• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

My Mobile Rights: Aplikasi Aduan Telekomunikasi Sehenti Malaysia

oleh AK-47
29/04/2016
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) telah memperkenalkan aplikasi mudah alih pertamanya, iaitu MY Mobile Rights (MMR) bagi memudahkan penglibatan pengguna dan menggalakkan pendidikan berkaitan aduan pengguna.

MMR merupakan inisiatif di bawah Pelan Pemerkasaan Pengguna 2014-2016 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan objektif untuk memperkasakan pengguna melalui pendekatan pembangunan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, semasa melancarkan aplikasi mudah alih itu berkata inisiatif (MMR) dirancang untuk mencadangkan langkah-langkah kawal selia kendiri segera dilaksanakan.

“Ia berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menangani isu-isu pengguna yang kritikal dan cabaran dalam industri komunikasi dan multimedia,” katanya.

gambo2

mmr

Sehingga Mac 2016, CFM menerima sebanyak 1,634 aduan mengenai pelbagai isu melibatkan pengguna, di mana aduan mengenai caj dan bil merupakan kategori tertinggi buat suku pertama tahun ini dengan rekod sebanyak 591.

Pengerusi CFM, Megat Ishak Ma’munor Rashid berkata aplikasi itu bertindak sebagai saluran untuk pengguna membuat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia, terus dari telefon pintar mereka.

“MMR memudahkan proses penyampaian aduan kerena ia menyediakan ciri-ciri mesra pengguna dan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna serta meningkatkan litersai mudah alih di kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia,” katanya.

Megat Ishak berkata kemudahan aplikasi mudah alih itu menjadikan ia sebagai aplikasi kemestian kerana ia menyediakan platform sehenti bagi pengguna untuk membuat aduan tanpa mengambil kira siapa penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Menurut beliau, melalui ciri-ciri Penerimaan Aduan dalam aplikasi, aduan akan dikemukakan terus kepada khidmat pengguna pembekal perkhidmatan masing-masing untuk tindakan lanjut.

“Pengguna akan menerima pemberitahuan melalui e-mel dan salinan kenyataan aduan apabila mereka selesai melengkapkan proses penyerahan aduan melalui aplikasi tersebu. Aduan (pengguna) akan diproses dalam masa tiga hari bekerja,” katanya.

Aplikasi ini menyokong platform sistem pengoperasian mudah alih yang terdiri daripada iOS atau Android dan Kedua-duanya boleh dimuat turun secara percuma daripada App Store atau Google Play.-MYNEWSHUB.CC

Tags: aplikasiperanti pintarSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd