• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembakaran Terbuka: Keluhan Bomba Mengenai Tindakan Tidak Bertanggungjawab

oleh Ahmad Albab
29/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Anda boleh menggelarkan mereka sebagai lelaki yang berdepan dengan haba. Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran tanah gambut , yang berpunca daripada pembakaran terbuka akibat tindakan tidak bertanggungjawab di kebanyakan kawasan di Semenanjung.

Ketua Balai Bomba Sg Pinang, Zaidi Aatan di mana pasukannya baharu sahaja selesai memadamkan kebakaran di kawasan pembuangan haram di Kapar, Kalang selama 10 hari, memahami keadaan yang dihadapi anggotanya.

Selama lebih seminggu, pegawai terpaksa bertugas dalam keadaan di mana wasap toksik dikeluarkan daripada pembakaran sampah di kawasan bersaiz padang bola sepak.

Walaupun tiada anggota dilaporkan berdepan dengan masalah pernafasan, Zaidi berkata, beliau dan anggotanya mengalami ruam pada kulit.

“Malah selepas saya mandi, isteri saya beritahu saya masih berbau sampah. Inilah yang berlaku dalam tugas kami,” katanya.

Dalam hutan simpan Kuala Langat Selatan, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 5 Selangor, Abu Bakar Abu Kadir berkata, beliau tidak pulang ke rumah sejak kebakaran bermula pada 31 Mac lalu.

“Kami bertugas mengikut syif tetapi kami perlu berada di sini setiap hari untuk memadamkan kebakaran tanah gambut. Dengan bantuan hujan, kami berupaya untuk menanganinya minggu depan,” katanya.

Kebakaran yang telah memusnahkan hutan simpan bersaiz 43 padang bola sepak itu dimulakan oleh kumpulan petani yang mahu membersihkan tanah secara haram untuk pertanian mereka.

Anggota bomba berupaya memadamkan separuh kawasan yang terbakar, tetapi katanya, masih terdapat 10.5 hektar tanah yang masih terbakar.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid kecewa dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya di sini selama 30 tahun dan kami sentiasa melakukan kempen kesedaran atau memberitahu orang ramai supaya tidak membakar sampah atau ladang mereka semasa musim kering. Tetapi masih melakukannya.

“Ia benar-benar mengenai sikap masyarakat. Mereka mahu membersihkan ladang atau bakar sampah dengan cara paling mudah dan murah. Jadi, mereka melakukan pembakaran terbuka.

“Ia menjadi tugas kami apabila kebakaran itu tidak terkawal,” katanya.

“Jika mereka benar-benar mahu melakukan pembakaran terbuka, mereka sepatutnya melakukannya dekat dengan punca air jadi mereka boleh memadamkannya sekiranya kebakaran merebak.”

Soiman berkata, dengan cuaca kering berpanjangan, anggotanya mungkin dibebani dengan banyak tugasan kerana perlu memadamkan kebakaran di bangunan, kawasan perumah dan kes menyelamat lain.

Beliau berkata, keutamaan seharusnya diberikan kepada kes yang menyebabkan nyawa dalam bahaya.

“Bagaimanapun, mengabaikan kes pembakaran terbuka yang tidak terkawal akan membawa kepada kebakaran merebak dengan lebih besar yang mewujudkan lebih banyak pencemaran,” katanya.

Pada Khamis, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaid Tuanku Jaafar berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang baharu yang akan membenarkan pihak berkuasa kuasa untuk merampas tanah daripada pemilik yang melakukan pembakaran terbuka.

Soiman berkata, perkara itu akan dinantikan sama ada ia dapat membantu menangani isu pembakaran terbuka. – mStar Online

Tags: Bombakebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd