• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Emma, Kini Instagram Jihan Muse Pula Kena ‘Hack’

oleh AK-47
29/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-baru ini kecoh dengan berita laman Instagram milik beberapa selebriti tempatan termasuk pelakon Emma Maembong dan Wawa Zainal digodam oleh individu tidak bertanggungjawab hingga mengakibatkan mereka kehilangan jutaan followers.

Siapa menduga, kejadian yang sama kembali berulang namun kali ini menimpa kepada pelawak dan pengacara terkenal Jihan Muse.

Mengulas isu akaun Instagram digodam, Jihan, 33, mengakui dia tertekan dengan kehilangan akaunnya itu dan takut jika ada pihak tertentu menggunakan nama akaunnya untuk menipu peminat dalam mengaut keuntungan.

Pada masa yang sama, Jihan turut memaklumkan dia kini menggunakan akaun Instagram baharu bernama @ku.jihanmuse.

jihan instagram hack

 

“Akaun palsu kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, jadi saya tidak mahu peminat tertipu dengan akaun yang menggunakan nama Jihan Muse.

“Ia sedikit sebanyak merunsingkan saya kerana tidak mahu peminat salah faham dengan pihak yang ingin mengaut keuntungan menerusi jalan mudah. Saya juga bimbang jika pihak tak bertanggungjawab itu memuat status yang bukan-bukan, yang akhirnya mencalarkan imej saya.

“Saya pula tidak dapat menggunakan nama yang sama kerana ada pihak menegaskan dirinya adalah saya. Oleh itu, saya tampil dengan nama @ku.jihanmuse setelah puas mencuba beberapa kali untuk menghasilkan akaun Instagram baharu.

“Saya begitu terkejut sehingga berasakan cukup tertekan pada hari kejadian, namun akhirnya reda dan berpendapat ada hikmah di sebalik apa yang terjadi,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Jihan memberitahu, dia kini berada di Pulau Jeju, Korea Selatan, bagi menjayakan program Romantika bersama suaminya, Ungku Hariz Faizal, 31. – MYNEWSHUB.CC

Tags: instagramjihan muse
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Timb Menteri Minta FB, TikTok Padam Video Intim Remaja Bawah Umur

Timb Menteri Minta FB, TikTok Padam Video Intim Remaja Bawah Umur

07/04/2023
0

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata dia telah memaklumkan kepada Facebook dan TikTok untuk memadamkan video pasangan...

Akses Instagram Disekat Di Rusia

14/03/2022
0

MOSCOW – Pengguna Instagram di Rusia tidak dapat melayari laman media sosial itu hari ini selepas Moscow dilaporkan menuduh syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd