• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warga Nigeria Ditahan, Rampas RM3.2 Juta Dadah

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki warga Nigeria dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah warga asing di sebuah rumah di Bukit Mahkota Cheras dekat sini, semalam.

Semasa operasi pukul 2.30 petang itu, anggota dari Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya merampas 20.8 kilogram dadah jenis syabu, dianggarkan bernilai RM3.2 Juta.

Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata suspek yang ditahan merupakan pelajar sebuah kolej swasta berusia 27 tahun.

“Hasil pemeriksaan awal, suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif ujian saringan air kencing.

“Modus operandi suspek adalah dengan meletakkan dadah itu di dalam alat penghawa dingin mudah alih bagi mengelak kegiatan mereka (sindiket) dikesan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Menurutnya, polis turut menyita sebuah kenderaan Cherry Easter bernilai RM25,000.

Mohd Dzuraidi berkata siasatan lanjut mendapati suspek membawa masuk bekalan dadah itu dari China dengan menggunakan perkhidmatan syarikat kurier dan pengangkutan kargo laut.

“Suspek baru bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di negara ini kira-kira sembilan bulan lepas dan kita masih mengesan saki-baki ahli sindiket ini.

“Bekalan dadah ini dipercayai mampu menampung bekalan selama sebulan untuk 35,000 penagih,” katanya.

Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitter merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan itu.

“Syabas lagi STING @PDRMsia tadi tangkap seorang warga Nigeria di Bukit Mahkota Cheras dan rampas 20kg Syabu yang disorok dalam kotak penghawa dingin.#GoPDRMGo,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Dzuraidi berkata tahun ini, 68,636 individu ditahan berhubung pelbagai kesalahan dadah dan merampas dadah bernilai RM96.37 juta dalam tempoh Januari sehingga 26 April lepas. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd