• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Pantau, Siasat Individu Terlibat Keganasan Di Sabah – Nur Jazlan

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri sedang memantau dan menyiasat mereka yang dipercayai terlibat dengan aktiviti meluaskan pengaruh Kesultanan Sulu di Sabah.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu Dewan Negara hari ini, setakat ini lima individu dari Sabah berjaya ditahan kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negeri itu.

“Lima telah ditangkap dan kita sedang siasat mereka yang terlibat. Kita lakukan pengumpulan maklumat risikan yang amat mendalam di Sabah, dan sentiasa berwaspada mengenai tindakan kumpulan pengganas ini kerana mereka pernah menyerang negara kita,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Chin Su Phin yang ingin tahu tindakan kerajaan terhadap pengganas Sulu yang dipercayai melantik ‘panglima’ di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dalam usaha membentuk semula Kesultanan Sulu di negeri itu.

Pendedahan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada 21 Mac lalu.

Nur Jazlan berkata kerjasama erat dengan agensi perisikan Sabah juga dilakukan bagi memastikan maklumat dikongsi dan tindakan boleh diambil dengan segera.

Katanya kerjasama perkongsian maklumat dengan agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan masyarakat juga sedang dilaksanakan bagi mengekang aktiviti keganasan di Sabah.

“Kerjasama semua pihak ini adalah amat penting supaya aktiviti pihak yang berniat menimbulkan kekacauan di Sabah dapat dikekang lebih awal, sekali gus menyekat hasrat mereka untuk menjejaskan kedaulatan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: KDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd