• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Mampu Milik Kelas Pertengahan – Abang Johari

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak mempunyai rancangan membina rumah berharga bawah RM300,000 bagi membantu golongan berpendapatan pertengahan memiliki rumah sendiri.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata cadangan tersebut adalah antara usaha Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi membantu kelas pertengahan ini.

Katanya susulan harga rumah yang tinggi di kawasan bandar, maka ia memerlukan intervensi kerajaan negeri bagi membela nasib golongan ini untuk memiliki rumah.

Beliau berkata usaha ini adalah perlu kerana dasar yang sedia ada lebih tertumpu kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.

“Kita sudah ada dasar untuk membina rumah kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah tetapi untuk golongan berpendapatan pertengahan tidak ada,” katanya kepada Bernama di sini.

Abang Johari, yang juga Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak, berkata antara kaedah yang sedang difikirkan ialah menyediakan kemudahan pinjaman perumahan melalui institusi kewangan milik kerajaan untuk golongan ini.

Menurutnya, BN sentiasa komited memastikan pembangunan di Sarawak dilaksanakan secara menyeluruh tanpa mengabaikan mana-mana golongan rakyat.

Abang Johari, yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok pada pilihan raya negeri, 7 Mei ini, berkata semua calon BN atau lebih dikenali sebagai ‘Pasukan Adenan’ terdiri daripada mereka yang berintegriti tinggi.

Katanya kesemua calon sama ada daripada parti komponen mahupun calon langsung BN telah ditapis termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya percaya mereka yang telah dipilih akan memainkan peranan masing-masing untuk ‘Pasukan Adenan’ dan ia bukan hanya untuk menang tetapi bersama-sama membangunkan Sarawak,” katanya.

Mengenai parti pembangkang, Abang Johari mempertikaikan kemampuan mereka melaksanakan janji-janji dalam manifesto mereka kerana rakyat sendiri dapat melihat bagaimana mereka bertelagah sesama sendiri dalam soal pembahagian kerusi dalam pilihan raya negeri kali ini. – BERNAMA

Tags: rumah mampu milik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Tawar Rumah Mampu Milik Lengkap Perabot Asas

08/04/2022
0

SHAH ALAM : Projek Rumah Idaman yang akan dibina di Seksyen U8, Bukit Jelutong di sini ditawarkan pada harga mampu...

Rumah Mampu Milik Tanggungjawab Bersama

29/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Perumahan mampu milik yang sesuai adalah asas kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat dan seterusnya dapat memastikan kelancaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd