• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Didakwa Bunuh Isteri, Bayi 7 Bulan

oleh Ahmad Albab
26/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini atas dua pertuduhan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang dijumpai terbaring di dalam bilik tidur rumah mereka, dua minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hanya mengangguk selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Iriane Isabelo.

Satvender Singh Pirthpar Singh, 30, didakwa membunuh isterinya, D. Kamaljit, 34, dan bayinya, Ishlyn Kaur Sandhu berusia tujuh bulan di sebuah rumah No.31, Jalan RP 10/9, Taman Rawang Perdana 2, Rawang, di sini masing-masing pada jam 3.55 pagi dan 4.15 pagi, 14 April lepas.

Di mahkamah sama, seorang juruteknik, X. Kumaresen, 36, didakwa membunuh teman wanitanya, K. Uma Dewi, 34, seorang eksekutif, di KM19 Jalan Gombak, Gombak, antara 4 pagi hingga 7 pagi, 6 April lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mahkamah menetapkan 30 Mei untuk laporan kimia dan bedah siasat bagi kedua-dua kes.

Terdahulum, peguam Y. Sheelan yang mewakili Satvender Singh dan peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili Kumaresen memohon mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis kerana mendakwa telah dicederakan semasa dalam tahanan polis.

Majistret Iriane bagaimanapun berkata beliau perlu merujuk perkara itu kepada pihak penjara untuk menentukan prosedur berkaitan sebelum membuat keputusan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Vasugi dan Khairul Azhwa Yusrie Mohd.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd