• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Kesal PKR-DAP Bertembung Di 6 Kerusi Dun

oleh Ahmad Albab
25/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kesal berikutan parti itu akan bertembung dengan sekutunya, DAP di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk di Batu Kitang, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 7 Mei ini.

Mohamed Azmin berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu oleh DAP, sebaliknya hanya mengetahui menerusi laporan berita pagi tadi.

“Saya tidak tahu (DAP akan bertanding kerusi Batu Kitang)…saya mendapat tahu menerusi laporan berita pagi ini.

“Ketika saya bercakap dengan (Lim) Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) melalui perbualan telefon 10 malam tadi, dia tidak beritahu salah seorang daripada (calon) kami perlu menarik diri…beliau mahu teruskan rundingan, maka ini suatu yang malang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Baca di Perpustakaan Tun Uda di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertembungan calon PKR dan DAP di enam kerusi tersebut pada PRN Sarawak ke-11.

Selain Batu Kitang pada penamaan calon hari ini, kerusi Mulu, Murum, Mambong, Simanggong dan Ngemah menyaksikan pertembungan antara calon DAP dan PKR.

Sebelum ini, menerusi perjanjian bertulis berhubung pengagihan kerusi yang ditandatangani antara PKR dan DAP pada 7 April lepas, kerusi Batu Kitang,
Marudi, Machan, Layar dan Belaga telah diperuntukkan kepada PKR.

Sementara kerusi Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum akan ditandingi DAP.

Bagaimanapun, PKR dilihat ‘mencabuli’ persetujuan pembahagian kerusi itu dengan bertanding menentang DAP di Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.

DAP pula membalas dengan meletakkan calonnya menentang PKR di Batu Kitang. Mengulas mengenai perjanjian bertulis berkenaan, Mohamed Azmin mengakui beliau telah memberikan kuasa kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menandatangani surat kebenaran bagi calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.

Azmin, bagaimanapun mendakwa beliau membuat keputusan itu berdasarkan mandat yang diberikan presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepadanya untuk menyelesaikan pertikaian kerusi tersebut. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd