• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IKBN Latih 15,000 Belia Dalam Bidang Kemahiran Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
20/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bercadang melatih 15,000 belia terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam bidang kemahiran, tahun depan.

Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan, Zainuddin Yahaya berkata kini terdapat lebih 13,500 peserta sedang mengikuti latihan di 21 IKBN di seluruh negara.

“Cadangan berkenaan bagi memenuhi permintaan di pelbagai sektor termasuk pembinaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program gerbang kerjaya IKBN Bachok di sini, hari ini.

Zainuddin berkata lulusan IKBN mendapat permintaan yang tinggi dari syarikat pembinaan tempatan dan mereka ditawarkan gaji lumayan.

Katanya pihaknya menyasarkan setiap pelatih lepasan IKBN akan mendapat gaji permulaan antara RM1,200 dan RM5,000 sebulan.

“Pada masa ini 83 peratus mereka yang tamat dari IKBN memperoleh pekerjaan di pelbagai sektor,” katanya.

Zainuddin berkata pada tahun ini, kerajaan memberi peruntukan lebih RM176 juta bagi kerja mengurus membabitkan 21 IKBN berkenaan.

Pada majlis itu, beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara IKBN Bachok dan lapan syarikat tempatan, bagi kerjasama latihan dan pengambilan pelatih sebagai pekerja selepas mereka tamat latihan. – BERNAMA

Tags: IKBNpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd