• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Remaja Dibelasah Penduduk Akibat Dituduh Mencuri

oleh AK-47
25/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Video seorang remaja berusia lingkungan 20-an yang dibelasah teruk akibat dituduh mencuri tanpa usul periksa oleh orang ramai, menerima kritikan netizen di media sosial.

Dalam kejadian pada Sabtu (23 April) itu, remaja terbabit didakwa telah mencuri di Bangunan Blok C flat PPR Hiliran sebelum ditangkap dan dibelasah sekumpulan penduduk hingga mengalami kecederaan.


Dipukul Orang Ramai Tanpa Usul Periksa oleh mynewshub

Selepas diserahkan kepada pihak berkuasa barulah cerita sebenarnya diketahui. Remaja itu dikatakan telah dikejar dan dipukul dari Pasaraya Giant lagi akibat cubaan mencuri iaitu keluar tanpa membayar terlebih dahulu.

Bagaimanapun selepas ditegur oleh kakitangan Giant, remaja tersebut telah membayar harga barang yang diambil.

Masalah mula timbul apabila remaja terbabit keluar membawa barang tanpa plastik, kerana pihak Giant tidak menyediakan plastik barangan pada setiap hari Sabtu kecuali pelanggan bersetuju membayar RM0.20 untuk setiap helai plastik yang diminta.

Keadaan ini menimbulkan salah sangka pelanggan lain yang tidak tahu cerita sebenar. Mereka kemudiannya menegur dan menuduh remaja terbabit sebagai pencuri.

Akibat tidak puas hati, remaja ini telah membalas dan ketika inilah keadaan mula hilang kawalan.

Pelanggan lain turut sama memukul remaja tadi dan ini mendorong dia melarikan diri ke flat PPR bersebelahan dengan pasaraya Giant.

“Mereka tuduh remaja tu mencuri. Dia dah bayar tapi orang ramai tak puas hati dengan penafian remaja tu, mereka belasah dia,” tulis salah seorang netizen yang mengakui, berada di lokasi kejadian.

Inilah akibatnya bertindak terburu-buru dan menilai manusia lain dari segi luaran sahaja.  –  MYNEWSHUB.CC

Tags: kes pukulmasyarakatTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd