• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lans Koperal Didakwa Sengaja Tidak Tangkap Suspek Kes Rogol

oleh Ahmad Albab
25/04/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua anggota polis hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhanan sengaja tidak menangkap suspek kes rogol seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun di Sungai Buloh pada 14 April lepas.

Lans Koperal Shafie Sudiman, 31, dari Sungai Buloh dekat sini dan Lans Koperal Mohd Nazlee Mohamad Yusof, 38, dari Kampung Melayu Subang di sini, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Mereka didakwa bersama-sama sebagai penjawat awam yang terikat di sisi undang-undang, sengaja tidak menangkap seorang lelaki warga Kemboja, Koew Tourn, yang merupakan suspek kes rogol seorang kanak-kanak, di Balai Polis Sungai Pelong, Sungai Buloh, pada 5 pagi, 14 April.

Kedua-dua anggota polis itu didakwa mengikut Seksyen 221 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Farah Azura membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 25 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurulhuda Ramli sementara kedua-dua anggota polis itu diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Nurfadhilah Zahari. – BERNAMA

Tags: kes rogolpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd