LONDON – Dua pasukan terhebat benua yang menjuarai Piala Eropah 15 kali sesama mereka akan kembali bertembung semula di Anfield, Rabu ini dengan Liverpool bertekad mahu mengekalkan rekod 100 peratus ke atas Real Madrid.
Perlawanan peringkat kumpulan, Liga Juara-Juara ini harus menjadi perhatian ramai ketika Barcelona bakal menentang Ajax Amsterdam dalam satu lagi saingan menarik membabitkan dua pasukan yang sudah menjulang trofi terbesar benua itu lapan kali sesama mereka.
Perlawanan antara AS Roma dan Bayern Munich di Rome juga satu pertarungan heavyweight untuk memberi Francesco Totti satu lagi peluang mengatasi rekodnya sendiri selaku pemain tertua menjaringkan gol di kejohanan.
Real – juara bertahan benua – sudah kalah tiga perlawanan ketika menentang Liverpool iaitu pada 1981 apabila Liverpool menang 1-0 dalam final Piala Eropah.
Kemudian The Reds mengatasi lawan 1-0 di Paris serta kemenangan 4-0 dan 1-0 dalam kelompok 16 terakhir Liga juara-Juara pada 2009.
Namun, senario berbeza kali ini dengan Real berada pada prestasi memuncak dengan sentuhan berbisa Cristiano Ronaldo dengan memenangi tujuh perlawanan terakhir mereka, termasuk kemenangan 5-0 ke atas Levante dalam La Liga, Sabtu lalu. – Reuters

