• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ACP Mohd Rozi Dilantik Ketua Polis Daerah Kota Setar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Bekas Ketua Polis Daerah Sungai Buloh ACP Mohd Rozi Jidin dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Kota Setar yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan SAC Adzaman Mohd Jan yang berpindah ke Kontinjen Bukit Aman sebagai SAC Kepolisan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Kepolisan Am bermula, esok.

Upacara serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya yang diadakan di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Adzaman yang ditemui pemberita berharap Mohd Rozi dapat meneruskan usaha menurunkan indeks jenayah kerana dalam tempoh lima tahun sejak 2010, kadar jenayah di Kota Setar mencatat penurunan dan meminta semua anggota dan pegawai memberi kerjasama yang baik.

Sementara itu, Mohd Rozi berkata beliau akan menggalas tugas dengan penuh komitmen dan akan menekankan tiga perkara dalam mempertingkatkan perkhidmatan anggota dan pegawainya.

Antaranya, ialah memastikan ketenteraman awam dan pencegahan jenayah di daerah Kota Setar terkawal selain meningkatkan integriti pegawai, kata Mohd Rozi.

Dalam perkembangan lain, Zamri berkata polis terus memperketatkan kawalan di seluruh negeri selain memantau pergerakan individu yang terlibat dalam kumpulan militan Daesh bagi mengelak kegiatan itu terus berleluasa.

“Baru-baru ini, seorang anggota kumpulan militan Daesh yang berasal dari Pendang, dilapor terbunuh dalam pertempuran di wilayah Al Khir, Syria pada 17 April lepas. Jadi kita akan terus membuat pemantauan secara rapi dan sekiranya ada maklumat berkaitan penglibatan individu dalam kumpulan itu, kita akan terus ambil tindakan,” kata Zamri. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd