• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekurangan Awan ‘Towering Cumulus’ Sukarkan Pembenihan Awan – MOSTI

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Pembenihan awan untuk menghasilkan hujan jarang dilakukan ketika ini kerana kekurangan awan jenis ‘towering cumulus’, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Dr Abu Bakar berkata kerajaan mempunyai peruntukan mencukupi untuk melakukan pembenihan awan dan sentiasa membuat pemantauan terhadap pergerakan awan jenis berkenaan.

“Dah banyak kita lakukan (pembenihan awan) dan kita tak ada masalah duit untuk lakukan pembenihan awan kerana kita mempunyai duit mencukupi.

“Yang menjadi masalah ialah awan ‘towering cumulus’. Kalau awan jenis itu ada kita boleh buat operasi pada bila-bila masa dengan kadar kejayaan (untuk hujan berlaku) adalah 95 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Keusahawanan dan Inovasi 2016 Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Baharu di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah KPTM Kota Baharu Mohd Asri Mohammad dan Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan Maqrun Fadzli Mohd Fahmi.

Dr Abu Bakar juga berkata kerajaan membelanjakan antara RM30,000 dan RM80,000 setiap kali pembenihan awan dilakukan menggunakan pesawat ringan jenis Cessna dan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Charlie C-130.

“Pembenihan awan kita buat sepanjang tahun. Bila keadaan kritikal, kerajaan negeri tak perlu minta pun (untuk buat pembenihan awan) kerana kita sentiasa buat pemantauan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan menerusi MOSTI telah membelanjakan sebanyak RM2.896 bilion pada Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) dan RM998.57 juta bagi RMK10 untuk pelbagai geran dan dana berkaitan penyelidikan inovasi produk.

“Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 494 produk inovasi telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa manakala 1,037 produk inovasi telah diiktiraf di peringkat nasional.

“Namun kadar mengkomersialkan produk pula sangat rendah iaitu sekitar lapan hingga sembilan peratus sahaja. Untuk menjadi sebuah negara maju sekurang-kurangnya kita komersialkan 15 peratus produk,” katanya. – BERNAMA

Tags: MostiPembenihan Awan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd