• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaki Kebas Lepas Terpijak Ular, Guru Dibawa Ke Hospital

oleh AK-47
23/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG guru wanita dari Sekolah Kebangsaan Mergong, Alor Setar, Kedah dikejarkan ke hospital selepas terpijak seekor ular di bilik stor sekolah pada tengah hari, Khamis.

Bagaimanapun, guru berusia 23 tahun bernasib baik kerana doktor di Hospital Sultanah Bahiyah mengesahkan dia tidak dipatuk reptilia itu meskipun mengalami kebas di kaki kiri selepas insiden berkenaan.

Difahamkan, guru terbabit masuk ke bilik stor untuk mengambil barang keperluan mengajar namun terkejut apabila menyedari terpijak seekor ular berwarna hijau lalu bertindak berlari keluar dari stor dan memaklumkan hal itu kepada rakan setugas yang segera membawanya ke hospital.

Petugas keselamatan sekolah itu kemudian membunuh ular jenis sawa burung berkenaan.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, guru berkenaan telah mendapat rawatan kecemasan di hospital dan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang kesan patukan pada kaki.

“Guru berkenaan masih dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selepas mengadu kakinya kebas,” katanya sambil menambah guru berkenaan telah dibenarkan pulang pada Jumaat.

Pada Rabu lalu, seorang murid Tahun Satu dari SK Datuk Hashim 1 Kota Baru, Kelantan, Nuriey Nadhirah Roslan meninggal dunia kerana dipercayai dipatuk ular di kawasan sekolahnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

13/03/2025
0

Kuching: Seekor ular menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd