• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Mesti Berhenti Musnahkan Iklim Di Palestin – Abbas

oleh Ahmad Albab
23/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

 

NEW YORK – Presiden Mahmud Abbas mendesak Israel berhenti daripada terus ‘memusnahkan’ iklim di wilayah Palestin pada satu majlis dengan pemimpin dunia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Israel memusnahkan iklim di Palestin dan penempatan mereka memusnahkan alam semula jadi di Palestin.

“Tolong bantu kami menamatkan pencerobohan dan pembinaan penempatan,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian iklim bersejarah oleh 175 negara.

Wilayah Palestin antara kumpulan 15 negara dan pihak yang membentangkan pengesahan perjanjian yang sudah lengkap bertujuan menangani kepanasan global.

Abbas menandatangani perjanjian itu bagi pihak pemerhati negara Palestin, status yang diperoleh wilayah itu pada 2012 di PBB dan membolehkan mereka menyertai konvensyen dan perjanjian antarabangsa.

Duta Israel ke PBB, Danny Danon, sebaliknya menuduh Abbas menggunakan pentas PBB untuk mendapatkan sokongan menentang negaranya.

“Sidang kemuncak iklim sepatutnya menjadi demonstrasi penyatuan global demi masa depan planet kita.

“Malangnya, Presiden Abbas mengeksploitasi pentas antarabangsa untuk mengelirukan komuniti antarabangsa,” katanya. – AFP/BH ONLINE

Tags: IsraelPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Di G7: ‘Tanpa Amerika Syarikat, Israel Tidak Akan Wujud’

Trump Di G7: ‘Tanpa Amerika Syarikat, Israel Tidak Akan Wujud’

17/06/2026
0

Oleh Mynewshub  EVIAN, PERANCIS – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencetuskan perhatian antarabangsa apabila mengeluarkan kenyataan tegas mengenai hubungan...

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd