• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Sahabat Ditahan Selepas Ambil Stok Dadah Di KL – Polis

oleh Ahmad Albab
22/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Dua sahabat yang dipercayai baharu mengambil stok dadah di Kuala Lumpur untuk diedarkan di Jempol dan Kuala Pilah, ditahan semalam dalam sekatan jalan raya di Km14 Jalan Seremban-Tampin, di sini.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Ibrahim Sharif berkata hasil pemeriksaan dalam kereta yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu dan rakannya berumur 45 tahun, menemukan tiga bungkus plastik mengandungi serbuk berwarna putih disyaki dadah heroin.

“Dadah itu disimpan bersebelahan tayar ganti di dalam but. Pemeriksaan juga menemukan alat penimbang digital yang diletakkan di dalam dashboard … dadah itu kira-kira 1.4kg bernilai RM30,000.

“Lelaki yang memandu kereta kakaknya itu bekerja sebagai jurueletrik di Kuala Pilah manakala rakannya hanya melakukan kerja-kerja kampung dan kedua-dua mereka berasal dari Kuala Pilah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ibrahim berkata dua sahabat ini dipercayai giat menjalankan aktiviti mereka sejak November tahun lepas dan stok dadah itu dipercayai untuk diedarkan di daerah Kuala Pilah dan Jempol.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua mereka positif dadah. Suspek berusia 33 tahun mempunyai sembilan rekod jenayah lampau bersabit dadah dan samun manakala rakannya mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit dadah,” katanya.

Ibrahim berkata kedua-duanya ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd