• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sarawak: Perbalahan DAP-PKR Mula Terbayang

oleh Ahmad Albab
22/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tindakan naib pengerusi PKR Sarawak Boniface Willy Tumek keluar parti membayangkan perbalahan berhubung dengan pengagihan kerusi dengan DAP bagi pilihan raya Sarawak ke-11.

Tumek berkata PKR telah gagal mendapatkan pencalonannya bagi kawasan Tasik Biru dan membenarkan DAP mengambil alih kerusi yang ditandingi oleh PKR pada 2011.

Memandangkan pencalonan bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri ditetapkan pada Isnin, PKR belum mengumumkan calon-calon mereka dan kawasan yang mereka akan bertanding dan ini membayangkan kemungkinan kedua-dua parti bertelagah mengenai pengagihan kerusi.

PKR sebelum ini dilaporkan mengintai untuk bertanding 40 kerusi.

Pada 2011, parti itu bertanding 49 kerusi dan menang tiga kerusi.

DAP berkata hari ini, ia akan bertanding 30 kerusi, satu kerusi lebih daripada diumumkan sebelumnya dan menyenaraikan Bukit Goram untuk ditandingi selepas presiden Parti Pekerja Sarawak, Larry Sng, yang berhasrat untuk bertanding di kerusi itu, meninggalkan parti.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengumumkan 29 calon dengan baki seorang lagi calon akan diumumkan menjelang Sabtu.

Mordi Anak Bimol dipilih untuk bertanding di Tasik Biru.

Ketika ditanya sama ada perbincangan selanjutnya akan diadakan dengan PKR mengenai pengagihan kerusi, Chong menjawab “Tidak.”

Beliau berkata DAP negeri itu berpegang kepada persetujuan mengenai pengagihan kerusi antara kepimpinan kebangsaan kedua-dua parti.

“Saya berharap PKR akan menghormati perjanjian dan tidak mengubahnhya.Jika tidak, pengundi tidak akan mempunyai keyakinan kepada parti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKR negeri Baru Bian berkata beliau setakat ini belum mengumumkan nama calon parti.

“Masih ada beberapa hari lagi sebelum hari penamaan calon. Kami ingin mengelakkan pertindihan kerusi,” katanya.

Pada 2011, PKR menurunkan John Tenewi Nuek dalam pertandingan tiga penjuru dengan BN dan SNAP.

Datuk Peter Nansian mengekalkan kerusi itu untuk BN dengan majoriti 2,072 undi. – mStar Online

Tags: DAPPKRPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang juga Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar antara enam individu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd