• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mozambique & Afrika Benarkan Malaysia Guna Perairan Cari MH370

oleh Ahmad Albab
21/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Kerajaan Mozambique dan Afrika Selatan bersetuju memberi kebenaran kepada Malaysia untuk meneruskan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di perairan kedua-dua negara itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bagaimanapun, kerajaan masih menunggu lebih banyak serpihan ditemui sebelum menghantar pasukan mencari ke negara berkenaan.

“Buat masa ini kita tidak perlu menghantar pasukan kerana pasukan daripada kedua-dua negara itu akan membantu kita mencari dan memaklumkan kepada kita jika lebih banyak serpihan ditemui,” katanya.

Liow berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Cemerlang Akademik Sesi 2015 dan Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi di sini, hari ini.

Beliau turut mengakui dua serpihan yang ditemui di Mozambique baru-baru ini hampir pasti milik pesawat MH370, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia Darren Chester semalam.

“Pasukan pakar masih tidak boleh mengesahkan, cuma kemungkinan besar ia adalah MH370 kerana cetakan dan penstresilan memang mirip dengan pesawat MAS.

“Setiap syarikat penerbangan mempunyai cara tulisan sendiri dan pesawat MAS yang hilang cuma MH370. Ini adalah lebih kepada kebarangkalian besar kerana serpihan itu juga datang dari pesawat jenis Boeing 777.

“Tidak seperti flaperon yang boleh terus disahkan MH370 kerana mempunyai nombor siri. Serpihan yang ditemui itu tiada (nombor siri),” katanya.

Liow memberitahu bahawa penemuan kedua-dua serpihan itu juga mengukuhkan lagi teori yang pesawat malang itu berakhir di selatan Lautan Hindi kerana ia melibatkan arus kuat di kawasan perairan seluas 120,000 kilometer persegi itu.

Menurutnya jika lebih banyak serpihan pesawat itu ditemui, ia akan membantu pasukan membuat analisis dan menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu.

“Ia juga boleh menunjukkan bagaimana pesawat MH370 itu terhempas, sama ada pendaratan berlaku secara mendadak, perlahan atau meletup.

“Saya berharap penemuan ini akan membantu kita mencari penamat kepada apa yang berlaku,” katanya.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014. – BERNAMA

Tags: AfrikaMH370mozambique
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd