• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muzium Tandas Didik Masyarakat Jaga Kebersihan

oleh AK-47
21/04/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ASPEK kebersihan merupakan satu masalah yang besar di India. Data menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada 1.2 bilion penduduk India masih mengamalkan tabiat membuang air di tempat terbuka.

Hal itu terjadi kerana kebanyakan penduduknya tidak mempunyai tandas dan tangki septik di rumah sendiri. Data yang dikeluarkan itu adalah lebih tinggi berbanding statistik yang dikeluarkan pada tahun 1970.

sulabh-international-museum-of-toile[11]

sulabh-international-museum-of-toile[12]

Jauh di pedalaman pinggir bandar raya New Delhi, terdapat sebuah bangunan konkrit rendah berupa bangunan kecil dengan satu bilik yang panjang.

Bangunan itu dikenali sebagai Sulabh International Museum of Toilets menjadi muzium tandas pertama yang ada di dunia. Kewujudan muzium itu adalah untuk mendidik dan menggalakkan tabiat menjaga kebersihan.

Selain memberikan kesedaran kepada masyarakat umum, organisasi itu juga berperanan menyediakan kemudahan tandas awam di seluruh India termasuk di kawasan tumpuan pelancong.

Pada awal pengenalan idea ini oleh Doktor Bindeshwar Pathak, aktivis kemanusiaan dan sosial, sewaktu melancarkan tandas berbayar di perkampungan Patna, Bihar.

Walaupun mendapat kritikan dan ejekan, usaha yang dilakukan ternayata membuahkan hasil apabila lebih 15 juta orang di negara itu menggunakan kemudahan tandas awam yang dibina oleh Sulabh International.

sulabh-international-museum-of-toile[5]

sulabh-international-museum-of-toile[8]

sulabh-international-museum-of-toile[10]

Terdapat pelbagai replika dan bentuk tandas di pamerkan di dalam bangunan itu dari zaman kuno sehinggalah era moden serta contoh-contoh lawak jenaka dan sejarah yang berkaitan dengan tandas boleh didapati di muzium itu.

Beberapa orang petugas sedia memberikan khidmat kepada pengunjung yang hadir melawat muzium tersebut.

Muzium Tandas Antarabangsa Sulabh telah dibuka kepada umum pada tahun 1992 dan sejak itu telah menerima kira-kira 100,000 pengunjung. -MYNEWSHUB.CC

Tags: IndiaMuziumtandas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd