• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Agong Terima Kunjungan Isteri Delegasi CAPAM

oleh Ahmad Albab
20/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menerima kunjungan hormat tiga orang isteri delegasi yang menghadiri persidangan dwitahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2014.

Mereka ialah isteri kepada Menteri Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pentadbiran Afrika Selatan Khensani Mavis Chabane, isteri Setiausaha Agung Kabinet Palestin Rawan Hatem Rafeq Alnasser dan isteri Setiausaha Tetap kepada Perdana Menteri Trinidad and Tobago Leslie Ann Antoinette-Cooper.

Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Kebangsaan Puan Sri Rohani Abdullah turut hadir mengiringi mereka semasa perjumpaan itu yang berlangsung kira-kira satu jam di Dewan Seri Temenggong, Istana Negara, di sini.

Persidangan CAPAM 2014 dianjurkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Sekretariat Komanwel dengan tema ‘Transformasi Perkhidmatan Awam: Suatu Bicara Baharu’.

Persidangan tiga hari itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini dan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yesterday.

Persidangan itu dianjurkan untuk anggota berdialog, bertukar-tukar pengetahuan praktikal dan teori serta menjalin rantaian dengan masyarakat antarabangsa yang membangunkan perkhidmatan awam untuk masa depan Komanwel.

Kira-kira 1,500 peserta negara Komanwel terdiri daripada ketua kerajaan, penjawat awam kanan, ahli akademik dan penyelidik menghadiri persidangan itu.

CAPAM, sebuah persatuan bukan bermotifkan keuntungan, menjadi rangkaian antarabangsa bagi 1,100 penjawat awam kanan, ketua-ketua kerajaan, ahli akademik terkemuka dan penyelidik dari 53 negara anggota Komanwel. – BERNAMA

Tags: CAPAMPermaisuri Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Ziarah Pusara Almarhum Sultan Ahmad Shah

23/10/2020
0

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah...

Ali Hamsa Dipilih Semula Sebagai Presiden CAPAM

19/08/2016
0

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Malaysia Tan Sri Dr Ali Hamsa dipilih semula sebulat suara sebagai Presiden Pertubuhan Komanwel bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd