• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selfie Punya Pasal, 5 Pelajar Universiti Terjatuh Gaung

oleh AK-47
21/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA ingin merakam gambar selfie, lima pelajar sebuah universiti tempatan terjatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter di puncak Bukit Keluang, di Kuala Besut, Terengganu.

Bagaimanapun, mujurlah kelima-lima mereka berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Besut tanpa sebarang cedera parah dalam kejadian yang berlaku semalam.

Menerusi laman Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, kelima-lima mereka adalah pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang sedang melakukan aktivi mendaki bersama 20 pelajar lain.

Mangsa dikatakan berhenti untuk mengambil beberapa keping gambar selfie tetapi akhirnya tergelincir dan jatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter.

bomba3

bomba4

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Besut, Mohd. Zaini Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 1.15 tengah hari, dan lima anggota dari balai bomba Kampung Raja bergegas ke tempat kejadian.

“Sehingga petang ini, dua daripada pelajar terbabit, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berjaya dibawa naik. Bomba masih berusaha membawa keluar tiga lagi pelajar.

“Keadaan gaung yang dalam menyukarkan kerja menyelamat mangsa,” katanya dalam kenyataan di laman sosial rasmi badan beruniform itu pada Rabu.

Akhir-akhir ini, kemalangan membabitkan ‘selfie’ dilaporkan semakin meningkat di mana sekurang-kurangnya 27 kes mencatatkan kematian akibat insiden seumpama itu di seluruh dunia pada tahun lalu.- MYNEWSHUB.CC

Tags: BombagaungPelajar Universitiselfie
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Guru, Pekerja Kantin Maut SUV Jatuh Gaung Di Jalan Aring

Guru, Pekerja Kantin Maut SUV Jatuh Gaung Di Jalan Aring

06/12/2025
0

  KUALA BERANG: Sepasang bakal pengantin maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd