• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marah Punya Pasal… Suami Belasah Perogol Isteri Sampai Mati

oleh AK-47
21/04/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – Seorang suami tidak dapat menahan marahnya apabila mengetahui isterinya dirogol hingga nekad bertindak membelasah lelaki berusia 27 tahun itu hingga menyebabkan dia meninggal dunia, pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, suspek dan anaknya dikatakan pergi berjumpa mangsa di sebuah stesen minyak di Sungai Besar sebelum bertindak menumbuk dan membelasah mangsa menggunakan getah paip.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Suprintendan Nor Azmi Isa, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai merogol wanita itu sebanyak dua kali di rumah suspek kira-kira jam 3 hingga 5.30 pagi, 15 April lalu.

“Kejadian itu menyebabkan suspek hilang pertimbangan dan membelasah mangsa di stesen minyak berkenaan. Tak cukup itu, suspek kemudiannya membawa mangsa pulang ke rumahnya di Parit 4 Sungai besar.

“Semasa mangsa berada dalam bilik, kaki mangsa diikat dengan tali getah dan turut diterajang serta dipukul menggunakan getah paip,” katanya.

Difahamkan, aksi suspek membelasah mangsa turut disaksikan isteri dan keluarganya sebelum seorang anaknya menghubungi polis melaporkan kejadian rogol ibu tirinya yang berusia 25 tahun itu.

“Mangsa kemudiannya dibawa Unit Peronda Polis (MPV) ke Balai Polis Sungai Besar. Semasa anggota MPV membawanya ke balai polis, mangsa masih lagi hidup.

“Bagaimanapun, ketika polis mengambil keterangan mangsa kira-kira jam 3.45 pagi hari sama, lelaki itu tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Hasil bedah siasat, punca kematian mangsa dilaporkan disebabkan pendarahan dalaman.

Berikutan itu, empat lelaki melibatkan suspek utama dan dua anaknya serta seorang anak angkat berusia lingkungan 20 hingga 23 tahun ditahan reman sehingga 23 April ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes rogol mengikut Seksyen 376. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Sinar Harian

Tags: rogolSuami Isteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd