• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota PAC Boleh Utarakan Isu Berbangkit Dalam Mesyuarat Atau Dewan Rakyat

oleh Ahmad Albab
21/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiap anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) seharusnya memahami bahawa mereka boleh mengutarakan isu berbangkit melalui mesyuarat PAC akan datang atau dalam sidang Dewan Rakyat.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata PAC adalah sebuah jawatankuasa di bawah Parlimen, maka sekiranya mana-mana anggota PAC yang tidak berpuas hati, mereka boleh merujuk isu berbangkit tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat.

“Selaku Pengerusi PAC yang dilantik oleh Dewan Rakyat, saya bertanggungjawab kepada jawatankuasa ini, Parlimen dan rakyat secara sepenuhnya.

“Ia juga termasuk untuk bertanggungjawab dalam memastikan integriti PAC sentiasa terpelihara dan tidak berpaksikan kepada kepentingan politik, berkredibiliti dan tidak prejudis.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya dalam menjaga dan mengekalkan integriti PAC serta tidak bersifat prejudis,” katanya dalam kenyataan di sini, malam Rabu.

Pada Selasa, Anggota Parlimen DAP Tony Pua mendakwa beberapa ayat dalam laporan akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dikeluarkan, antaranya mengenai perbincangan antara pegawai Jabatan Audit Negara dan anggota PAC.

Ayat seterusnya yang dikeluarkan ialah mengenai perbincangan anggota PAC dan pegawai kerajaan yang terbabit dalam menyediakan laporan 1MDB tersebut, kata Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Pua yang juga anggota PAC berkata maklumat dalam kedua-dua ayat itu telah dipersetujui anggota PAC daripada BN dan pembangkang untuk dimasukkan dalam laporan 1MDB.

Mengulas lanjut, Hasan berkata apa jua maklumat diterima pada saat akhir bersifat sulit dan rahsia; serta maklumat berstatus risikan dan bukan untuk laporan awam, ia tidak perlu dimasukkan ke dalam laporan PAC.

Jika maklumat berkenaan dimasukkan sebagai sebahagian daripada kandungan laporan PAC, ia secara jelas boleh menjejaskan integriti, kewibawaan dan kredibiliti PAC itu sendiri sebagai jawatankuasa di bawah Parlimen, katanya.

Sehubungan itu, Hasan berkata ini adalah reaksi terakhirnya melalui media dan tanggungjawab keanggotaan PAC boleh dilaksanakan sepenuhnya melalui mesyuarat seterusnya dan bukannya melalui media sosial atau media massa.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan yang dibuat sebagaimana dipertanggungjawabkan oleh Parlimen,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dewan RakyatPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

02/03/2026
0

Memalukan dan tidak pernah berlaku apabila usul pihak kerajaan gagal diluluskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd